Juru X Ray Pelatih Di Jabatan Radiologi HUSM

1. Juru x ray pelatih sentiasa datang dan pergi di Jabatan Radiologi HUSM.

2. Kehadiran mereka telah memberi suasana yang cukup ceria di kalangan kakitangan terutama sekali juru x ray.

3. Di samping tunjuk ajar dapat diberikan kepada pelatih tersebut, juru x ray juga dapat kawan untuk bertugas di modaliti yang mana juru x ray itu bertugas seorang diri.

4. Tambahan pula bertugas dengan juru x ray pelatih yang rajin dan sentiasa bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru.

5. Apabila tiba masa untuk juru x ray pelatih itu kembali semula ke tempat mereka belajar, suasana pilu dan sedih mungkin akan dirasai oleh sesetengah staf dan juga pelatih itu sendiri.

6. Jangka latihan yang singkat di satu satu tempat itu kadang kadang menyebabkan ada pelatih yang tak sempat untuk dikenali.

7. Hari ini ada, esok dah tiada, lusa pelatih lain pula yang datang.

8. Keadaan ini sama sekali jauh berbeza semasa saya menjadi pelatih dahulu. Sewaktu itu kami bertugas di luar adalah berterusan selama 6 bulan.

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week