Minggu IT Kampus Kesihatan USM

Minggu IT Kampus Kesihatan USM telah diadakan pada 27-29 Februari 2012.

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 22 -2-2012: Seruan Mencari Yang Halal

Ikhwanil muslimin
Marilah kita sama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan penuh keyakinan. Kita hendaklah melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita tergolong ke dalam golongan yang mendapat rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat.

Ikhwanil muslimin
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan berbagai cabaran antaranya perkara yang melibatkan permakanan dan pekerjaan yang halal. Ajaran Islam memberi panduan kepada umatnya untuk menjalankan segala aktiviti kehidupan supaya sentiasa berada di landasan yang tepat serta dibenarkan oleh rukun syarak. Landasan tersebut dikenali sebagai halal dan haram dalam kehidupan khususnya dalam yang melibatkan permakanan.

Halal bermaksud melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul serta beroleh pahala dan keberkatan bagi orang yang melakukannnya.Haram pula adalah sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya daripada melakukannya dan barangsiapa melakukannya ia akan mendapat dosa dan kemurkaan Allah.

Ikhwanil muslimin
Makanan merupakan asas penting dalam pembentukan rohani dan jasmani seseorang manusia. Setiap manusia di mukabumi ini memerlukan makanan untuk hidup dan membesar. Oleh kerana itulah Agama Islam menitikberatkan hal pemilihan makanan kita dan memastika agar makanan dan minuman yang diambil adalah benar benar halal dan baik.

Sedarlah, bahawa mencari makanan yang halal dan baik untuk dimakan itu adalah tuntutan di dalam Islam sebagaimana firman Allah swt  yang bermaksud Wahai sekelian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang  halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang dan nyata bagi kamu.

Ikhwanil muslimin
Dalam ayat tadi jelas kepada kita bahawa perkara utama yang perlu diperhatikan apabila hendak mendapatkan makanan atau minuman ialah dengan memastikan ianya halal dan baik. Maksud makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syarak ialah:

  1. Makanan dan minuman hendaklah tidak bercampur dengan bahan bahan yang diharamkan oleh syarak seperti arak, racun perosak,  najis, najis binatang, bahan bahan dari unsur khinzir dan lain lain.
  2. Binatang yang hendak dimakan dagingnya mestilah yang dihalal oleh syarak seperti lembu, unta, rusa, ayam dan lain lain lagi. Ia juga hendaklah disembelih mengikut hukum syarak 
  3. Kita hendaklah menyuci bahan makanan yang hendak dimakan menggunakan sumber air yang bersih lagi suci. Jika bercampur air basuhan dengan najis dan terus dimakan maka akan menyebabkan makanan tersebut dihukumkan najis dan haram dimakan.
  4. Manakala maksud tayyib adalah bahan makanan dan minuman yang berkualiti, berzat dan tidak lah luput tarikh penggunaannya, ianya diproses di tempat yang bersih dan bermenafaat jika dimakan
Ikhwanil muslimin
Jesteru itu makanan yang halal bukanlah dilihat indah pada rupa dan enak pada rasa, bahkan lebih daripada itu. Manakala yang lebih baik pula adalah suatu yang mendatangkan faedah kepada keperluan tubuh badan, akal dan emosi. Sebaliknya apa jua bahan makanan yang boleh merosakkan perubahan fizikal, kesihatan mental, akal serta yang menjejaskan emosi adalah sesuatu yang diharamkan. 

Sesungguhnya makanan yang halal dan baik itu memberi kesan yang mendalam kepada keperibadian seseorang, mencergaskan anggota tubuh badan untuk beribadat kepada Allah, zuhud kepada dunia dan juga akhirat, menimbulkan rasa syukur dan ketaqwaan kepada Allah swt, menambah cahaya pada hati serta melembutkannya dan akan menimbulkan akan kegerunan terhadap kebesaran Allah swt. 

Sebaliknya makanan yang tidak halal dan shubahat itu akan menjauhkan seseorang dari berbuat kebajikan, mengeras dan memberatkan hati untuk melakukan kebajikan dan menjadikannya lupa akan akhirat dan mencintai dunia sahaja. 

Kita hendaklah mengambil berat dan berhati hati dalam pemilihan makanan, periksa dan telitilah terlebih dahulu sebelum membeli, janganlah termakan benda benda yang tidak halal dan diharamkan oleh syarak. 
Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap premis premis yang menjual makanan dengan mempamirkan ayat ayat al Quran atau kalimat ayat suci Islam kerana ianya bukan jaminan terhadap makanan yang dijual.

Ikhwanil muslimin
Langkah penguat kuasa menguat kuasakan pensijilan halal dan logo halal di premis premis makanan, hotel, pesat pusat penyembelihan adalah bertujuan untuk memelihara hak pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan yang halal lagi baik dan terjamin.

Sungguhpun begitu masih ramai lagi masyarakat pengguna dan pengusaha muslim tidak memahami tentang kepentingan pensijilan halal dalam kehidupan mereka. Mereka beranggapan bahawa yang halal itu ialah tiada babi dan arak sahaja. Mereka merasakan tidak perlu dijelas dan diteliti untuk mencari yang halal. Mereka tidak peduli samada produk tersebut ada tanda halal atau pun tidak.  Logo halal yang diiktiraf atau tidak, tetapi apa yang penting adalah ikut kata hati dan selera sahaja. 

Bagi menyahut seruan mencari sesuatu yang halal, khutbah pada hari ini menyarankan para hadirin supaya memilih, membeli dan mengguna produk produk yang mempunyai logo halal malaysia. Marilah kita menginsafi bahawa usaha usaha yang dibuat oleh agensi agensi kerajaan yang dipertanggung jawabkan itu adalah semata mata untuk menjamin keselamatan orang Islam dari perkara yang tidak halal dan shubahat dan sepatutnya disahut dan disokong dengan hati yang terbuka. Bukan menganggapnya sebagai perkara yang membebankan dan menyusahkan umat Islam di negara ini.

Ikhwanil muslimin
Memakan makanan janganlah sekadar memastikannya dan jenis jenis makanan yang dihalalkan oleh syarak sahaja  tetap juga mesti dipastikan sumber kewangan yang digunakan untuk mendapatkan makanan tersebut bukan dari sumber yang tidak halal seperti wang curi, tipu, judi, riba, rasuah dan lain lain yang tidak halal. 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Akan ada satu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya, rezeki yang diterimanya apakah dari yang halal ataupun dari yang haram. Riwarat Iman Bukhari. 

Sesungguhnya makanan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang berkualiti, baik dairi segi akademik, rohani maupun jasmani. Biarlah orang mengatakan kita orang orang yang terlampau berhati hati dalam memilih makanan, yang penting ibadat kita diterima oleh Allah swt dan selamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman, makanlah dari benda benda yang baik yang halal dari apa yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar benar hanya beribadat kepadanya. 

wassalam

Site Preparation Angiography Biplane

Kerja kerja untuk menyiapkan site untuk Angiography suite telah memasuki minggu terakhir tempoh untuk disiapkan. Pemasangan vinyl telah pun disiapkan.

Kerja kerja sekarang sedang memasuki fasa terakhir dengan pemasangan tailing dan juga siling serta beberapa kerja kerja elektrik yang masih lagi belum disiapkan.

Pintu pintu sliding telah siap dipasang. Kerja kerja pemasangan panel kawalan dan pendawaian bagi peralatan angiografi biplane akan dimulakan secepat mungkin

Wassalam

Kuliah Maghrib 22 Februari 2012

Hadis 1

Abdullah bin zaid adalah dari golongan Ansar. Beliau adalah guru kepada Said bin Mussayya di antara 3 tokoh ulamak yang terkenal. Beliau adalah pejuang Uhud. Beliau telah menghafaz 48 buah hadis dan telah mati syahid dalam peperangan melawan tentera Rom di Kota Hirak dlm usia 70 tahun.

Beliau meriwaratkan cara cara Nabi mengambil air sembahyang bermula dengan membasuh muka dan kedua dua tangan hingga ke siku, kemudian menyapu kepala dengan dua cara:

1. membasahkan ke dua-dua tapak tangan dengan ke dua dua ibu jari di letak di tepi telinga dan kemudian menyapu seluruh kepala bermula dari dahi hingga ke belakang kepala.

2. membasahkan ke dua-dua tapak tangan dengan ke dua dua ibu jari di letak di tepi telinga dan kemudian menyapu seluruh kepala bermula dari dahi hingga ke belakang kepala kemudian menarik semula ke bahagian dahi sebanyak 3 kali.

Sebaik baik cara mengambil air sembahyang adalah dengan cara menyaapu keseluruhan rambut di bahagian kepala.

Pendapat Imam Shafie memadai 3 helai rambut di kepala sahaja.

Hadis 2

Di antara empat orang sahabat bernama Abdullah yang pakar dalam bidang fekah adalah Abdullah bin amru bin aus. Beliau adalah penulis wahyu yang terawal. Beliau adalah seorang ahli ibadat.

Beliau meriwaratkan cara cara Nabi mengambil air sembahyang bermula dengan membasuh muka dan kedua dua tangan hingga ke siku, kemudian menyapu kepala dengan tangan ke belakng dan kemudian masukkan ke dua dua jari telunjuk ke dalam telinga dan sapu belakang telinga dengan ibu jari, Beginda menggabungkan kaedah sapu kepala dengan sapu telinga dengan air yang sama.

Hadis ini tak di amalkan oleh ulamak Shafie walaubagaimanapun ia di amalkan oleh mazhab Hanafi.

Ulamak Shafie berpendapat menyapu telinga dengan air yang lain


Solat Tahajjut - kebiasaan bagi orang soleh.

Sukat Dhuha - boleh menarik rezeki, buka pintu rezeki, urusan jadi mudah

Solat jemaah sunnah yg sangat besar di anugerah dengan 27 darjat yang mana 1 darjat seluas langit dan bumi

Tanda munafik tidak suka Solat Isyak dengan berjemaah

Sahabat adalah golongan yang paling kuat memegang sunnah. Apabila kita mengamalkan 1 sunnah ia boleh padamkan satu bidaah.

96 orang sahabat telah syahid di medan uhud

Wallahualam

Tulisan ini adalah mengikut fahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2500

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA semalam.



wassalam

Site Preparation Angiography Suite

Lantai konkrit telah siap hampir di semua ruang. Vinyl akan di pasang apabila lantai konkrit ini kering sepenuhnya.
Siling masih lagi belum dipasang kerana water sprinkler dan lain lain masih lagi belum siap.
Menurut penyelia yang menyelia projek ini ia masih mengikut jadual dan dijangka akan siap pada penghujung bulan ini.
Installation peralatan angiografi untuk panel kawalan masih tidak boleh dilakukan sehinggalah pemasangan vinyl dibuat pada ruang panel kawalan.

Wassalam

Kuliah maghrib 20 Februari 2012

Semua harta bercampur aduk antara yg halal dengan yg haram Dengan kadar yang banyak - harus untuk membeli / mengguna atau memakan harta itu.

Berjual beli dengan perniagaan yg melibatkan riba - jual beli juga harus dilakukan walaupun melibatkan harta riba tersebut

Harta atau pencarian di akhir zaman ini tidak semestinya semuanya haram.

Hukum sesuatu jual beli adalah halal selagi tiada tanda tanda yang jelas menunjukkan ianya haram

Halal tapi berkait dengan maksiat
Penghalalnya menyebatkan maksiat seperti
1. berjual beli semasa azan Jumaat

2. Berjual beli barangan yg telah di jual kepada org lain

Sesuatu perkara atau perbuatan yang makruh hendaklah dijauhi kerana ia hampir kepada haram.

Perbuatan yang menarik kepada perlakuan maksiat seperti
1. Jual anggur kepada pembuat arak
2. Jual senjata kepada perompak
Pendapat ulamak adalah bertelingkah tentang jual beli ini.
Kias yg diberatkan penjualan itu sah dan jual belinya halal. Tetapi orang yang melakukan urusan itu dikira menderhaka kepada Allah.

Menyembelih dengan pisau yang di curi, penyembelihan itu halal Tetapi orang yg membuat itu dikira menderhaka kepada Allah. Wang yg diterima hasil jual beli daging itu adalah makruh.

Tidak boleh terlampau warak sangat. Kena terima bimbingan dari orang yang alim.

Orang yang berlebihan kewarakkannya hingga melangkah syariah Islam ditakuti termasuk ke dalam golongan yang sesat.

Tak perlu periksa latar belakang pemberian dari seseorang tetapi jika ada keraguan ianya perlu di tanya dan diselidik akan pemberian tersebut.

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

Biplane Angiografi: Day 8

Pemasangan angiography table telah melengkapkan pemasangan komponen utama pada peralatan angiografi biplane.

Selepas ini tumpuan pemasangan adalah pada panel kawalan dan penyambungan kabel di antara setiap komponen utama tadi.

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 17-2-2012: Gejala Murtad

Ikhwanil muslimin
Marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa dan hendaklah di antara kita bersama sama dengan orang orang mukmin yang menghayati ajaran agama dengan sempurna dan ikhlas serta turut berjuang menegakkan agama Allah swt. Sesungguhnya Allah bersama sama dengan mereka yang sabar di dalam perjuangan menegakkan agama.

Firman Allah swt dalam surah al Baqarah ayat 212 yang bermaksud Mereka tidak henti henti memerangi kamu sehingga mereka dapat memurtadkan, mengeluarkan kamu dari agamamu kepada kekufuran seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lantas dia mati di dalam kekufuran maka mereka itulah orang orang yang sia sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka.Mereka akan kekal di dalamnya. 


Ikhwanil muslimin
Hari ini musuh musuh Islam terutamanya kaum Yahudi dan Nasrani Kristian dengan sikap dan dendam lamanya terhadap agama Islam dan penganutnya terus memerangi Islam dan umatnya. Al Quran nul karim banyak menjelaskan kepada kita tentang tabiat dan perangai kaum Yahudi samada Yahudi di zaman  nabi nabi Bani Israel dahulu atau Yahudi di zaman Nabi Muhammad saw. Begitu juga halnya dengan orang orang Kristian, cuma orang orang Yahudi lebih keras permusuhannya terhadap Islam.

Mereka itu adalah musuh musuh Islam yang sentiasa merancang untuk menjatuhkan dan menghapuskan Islam dengan cara mencemarkan Islam dan pemimpin pemimpinnya. Mereka kian hari kian berani membuat dakyah, fitnah dan propaganda bagi melemahkan Islam dan penganutnya. Mereka cuba memesongkan orang Islam daripada akidah dan ajaran Islam yang sebenar. Mereka mendakwa bahawa ajara Islam adalah ajaran baru yang tidak pernah di amal dan diwasiatkan oleh Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Yaakob kepada anak cucunya.

Mereka tidak memperakui adanya kitab perakuan yang ketiga iaitu Al Quran nul karim selepas ajaran Taurat dan Injil yang telah mereka rosakkan. Kerana itu mereka sentiasa berusaha dengan bersungguh sungguh untuk memesongkan ajaran kitab suci Al Quran  dan Sunnah Rasulullah saw. Kerana itu Rasulullah saw menjadi sasaran fitnah mereka pada peribadi dan ajaran Islam yang dibawanya.

Ikhwanil muslimin
Kaum Yahudi dan Kristian masing masing berkerja keras mengembangkan ajaran dan agama mereka melalui pelbagai pertubuhan dan gerakan yang mereka adakan. Antara gerakan Yahudi yang paling merbahaya terhadap Islam dan umat Islam ialah premason ke dalam beberapa rangkaian. Gerakan dan kegiatan dakyah mereka ini telah menyusut masuk ke dalam negara negara Islam tidak terkecuali negara Malaysia sampai ke kawasan pendalaman bahkan telah masuk ke rumah rumah orang Islam melalui media massa dan siaran am.

Mereka salurkan dakyah dan ajaran mereka melalui kegiatan ekonomi, sosial, pendidikan, seni kebudayaan dan sebagainya. Mereka berada di sebalik beberapa pertubuhan, persatuan, badan badan kebajikan, kelab kelab dan sebagainya.

Begitu juga halnya dengan penyebaran agama Kristian, di negara kita Malaysia sebagai contoh agama Kristian tersebar dengan pertolongan penjajahan dan gerakan Kristian yang di dokong oleh pertubuhan pertubuhan antarabangsa dan pusat pusat penyebarnya. di seluruh nusantara mereka bergiat dengan menghantar mubaligh mubaligh kristian dan membangkitkan isu isu seperti hak hak wanita, hak hak asasi manusia, kebebasan dan sebagainya.

Begitu juga bimbingan dan bantuan kepada pelajar pelajar, orang orang miskin dan susah, gerakan Kristian juga cuba mendirikan seberapa banyak gereja dan pusat pusat latihan mubaligh bagi memudahkan mereka membuat penyebaran. Kesan daripada dakyah gerakan misineri pendakyah Kristian di tahap ini semakin jelas, kita sentiasa dikejutkan dengan beberapa peristiwa di mana orang orang Islam cuba dimurtadkan oleh mereka.

Ikhwanil muslimin
dalam hal ini kita harus bertanya kepada diri kita sendiri bagaimana boleh terjadi seorang Islam yang beriman dan berada di dalam agama Islam yang benar boleh menukar agamanya kepada agama yang lain.  Timbul pada fikiran kita beberapa persoalan antaranya;

  1. Apakah benar mereka yang dikatakan murtad itu telah memeluk Islam dengan yakin, redha dan telah menghayati ajaran Islam 
  2. Apakah mereka telah benar benar mengetahui tentang ajaran Islam atau pun mereka masih jahil dan mentah pengatahuan mereka tentang Islam. 
  3. apakah mereka yang sudah dimasukkan ke dalam agama Kristian itu masuk dengan rela hati tanpa sebarang tekanan atau desakan di dalam hidup. 
Dahulu misineri pendakyah kristian pernah membuat aduan tentang kegagalan mereka memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. Mereka berkata seorang pun tidak akan menyahut seruan mubaligh mubaligh kecuali salah satu dari dua orang seorang kanak kanak dicolek dari keluarga Islamnya kemudian dididik dengan ajaran agama kristian sedangkan kanak kanak itu sedikitpun tidak mengetahui tentang asas asas agama Islam, atau seseorang lelaki yang sangat miskin yang sangat memerlukan kepada sepotong roti.

Tetapi keadaan sekarang sudah berubah ada juga yang masuk Kristian dari kalangan yang berharta dan berilmu pengatahuan kerana gerakan Kristian telah berjaya menjauhkan orang Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar dan meletakkan mereka di dalam serba kemewahan.

Ikhwanil muslimin
Apapun persoalan yang kita rungkaikan di sini, namun kita tidak dapat lari daripada kenyataan yang telah berlaku. Sebenarnya mereka yang murtad keluar daripada Islam itu selain dari tadak beroleh kejayaan dari Allah adalah di sebabkan banyak faktor di antaranya:

  1. Disebabkan kejahilan mereka tentang agama Islam dan dalam masa yang sama mereka memperolehi banyak maklumat yang tidak benar tentang Islam tanpa ada sebarang keterangan dan pembetulan. 
  2. Pengaruh kebendaan yang melanda kehidupan umat Islam kerana itu masyarakat ingin kepada kebebasan, kemewahan, hiburan dan sebagainya. Akhirnya masuk kedalam jerat dan perangkap Kristian.
  3. Pengaruh alam sekeliling dan rakan rakan sebaya yang suka hidup berpoya poya, bebas, melepak, menganggor dan sebagainya, manakala ibubapa pula tudak dapat mengawalnya.
  4. Kurang didikan agama dan tidak menghayati ajaran Islam dengan sempurna dan tidak bergaul dengan masyarakat Islam di masjid masjid dan majlis majlis ilmu. Ada juga yang masuk Kristian kerana terpedaya dan mahu berkahwin atau bersekedudukan dengan orang yang bukan Islam.
Ikhwanil muslimin
Para ibubapa hendaklah sentiasa peka dan membuat pemantauan terhadap pergerakan anak anak samada yang berada di kampung atau yang sedang belajar di Institud Pengajian Tinggi Awam IPTA atau di Institud Pengajuan Tinggi Swasta IPTS. Anak anak hendaklah dilihat, diperhatikan disikat kelakuan dan aliran pemikiran mereka. Pastikan dengan siapakah mereka bergaul dan bersama, kemanakah mereka keluar dan apakah bahan bahan bacaan dan kegemeran mereka?.

Sekiranya ibubapa mendapati anaknya memiliki cara hidup yang agak mewah hendaklah dipastikan daripada manakah sumber kemewahan itu. Hari ini ibubapa hendaklah sentiasa berwaspada dan menjaga anak anak yang sedang belajar agar tidak terjebak dengan gerakan Kristian dan kumpulan yang merosakkan mereka melalui berbagai program seperti kursus, seminar, bengkel, tayangan  filem, persahabatan, lawatan, bantuan kewangan dan sebagainya.

Bahkan lebih dari itu ada yang terjebak didalam lembah percintaan dengan lelaki dan perempuan yang berpura pura bercinta dan hendak berkahwin dan akhirnya berkahwin atau dibawa lari daripada keluarga. Setelah berkahwin barulah sedar berkemungkinan berada di bawah seorang lelaki yang beragama Kristian atau di bawah seorang lelaki yang memperdagangkan tubuh badan manusia. 

Semuga Allah swt memberi perlindungan kepada kita dan anak anak kita semua. Anak anak hendaklah didedahkan dengan ilmu pengatahuan dan pemikiran yang betul dan sempurna melalui pengajian di sekolah, di masjid, kursus, bengkel dan sebagainya. Pastikan anak anak benar benar dapat menghayati ajaran agama Islam dengan sempurna, tidak tinggal ibadat solat 5 waktu, puasa ramadhan, membaca al Quran dan buku buku pengatahuan agama Islam, berzikir kepada Allah swt dan mengikuti kegiatan kegiatan Islam.

Ibubapa jangan cepat percaya kepada keterangan anak anak yang bermasalah, cukup apa yang berlaku di sekeliling kita menjadi pengajaran. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Beberapa fitnah akan berlaku seperti potongan potongan malam yang gelap gelita, di waktu pagi seorang lelaki beriman dan di waktu petang dia menukar agamanya menjadi kafir sebaliknya ada lelaki yang beriman di waktu petang dan menjadi kafir di waktu paginya. Dia menjual agamanya dengan harta benda yang sedikit.

Firman Allah swt yang bermaksud Sesiapa yang mencari agama selain dari agama Islam maka sekali kali tidaklah akan diterima agama itu daripadanya dan dia di akhirat akan masuk ke dalam golongan orang orang yang rugi 

Wassalam


Kuliah maghrib 19 Februari 2012

Hadis 1
Bila mendapat mimpi buruk semasa tidur maka kita hendaklah meminta perlindungan dari Allah dari syaitan yang direjam.

Mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi yang menakutkan atau yang buruk itu adalah dari syaitan.

Bila kita mendapat mimpi yang menakutkan, bila kita tersedar kita hendaklah meludah ke kiri dan minta perlindungan dari Allah dari kejahatan dalam mimpi tersebut

Bila kita mendapat mimpi yang elok kita hendaklah bangun solat sunat 2 rekaat.

Mimpi adalah perkara biasa, semua manusia akan menghadapinya.

Mengigau adalah permainan tidur

Bila nak menafsir mimpi kena rujuk kepada orang orang yang pakar. Sebagai contoh seperti yang disebut di dalam al Quran iaitu Nabi yusof as apabila datang seorang yang menceritakan akan mimpinya iaitu mimpi lembu yg kurus memakan lembu yang gemuk. Nabi Yusuf menafsirkan mimpi tersebut dengan mengatakan mimpi itu bermaksud kemarau akan berlaku 7 tahun berturut turut.

Hadis 2
Sesiapa yg mengucap " lailahaillah huwahdahu la syarikalah, lahulmulkul walahul hamduyuhyi wayumitu waala kullisyaiin qadir" 100 kali dalam sehari, pahalanya adalah seperti telah memerdekakan 10 orang hamba. Diberi kepadanya 100 pahala kebaikan dan di hapuskan 100 kesalahan dan dia juga terselamat dari syaitan pada hari itu hingga ke petang.

Pengajaran dari Kalimah itu
1. Teguhkan agama tauhid
2. Tidak ada sekutu bagi Allah
3. Puji Allah adalah perkara yg kekal.
4. Mengaku Allah berkuasa ke atas segala sesuatu.

Hadis ke 3
Wassatiah, kesederhanaan Jangan ekstrem dan jangan malas. Jangan melangkah syariah.

Kedudukan sewaktu solat yang paling afdal adalah yang paling lama adalah semasa qiam ( berdiri ) tetapi yang paling dekat dengan Allah adalah ketika sujud.

Dalam pendekatan syariah, solat zohor dan subuh perlu di baca surah yang panjang.

Berkata seorang sahabat "Aku akan puasa siang hari dan qiamullai di malam hari sepanjang hidup aku".

Nabi bertanya "betulkah kamu yang berkata begitu. Kamu tak akan mampu berbuat begitu. Kamu kena puasa, berbuka, qiamullai dan kemudian tidur. Kamu boleh berpuasa 3 hari dalam sebulan".

Sahabat berkata lagi "Aku mampu buat lebih daripada itu"

Nabi bersabda " kamu boleh berpuasa sehari selepas itu berbuka 2 hari kemudian puasa pula"

Sahabat berkata lagi "Aku mampu buat lebih daripada itu"

Nabi bersabda " Kamu hendaklah berpuasa sehari kemudian berbuka sehari." ini adalah puasa Nabi daud as

Sahabat berkata lagi "Aku mampu buat lebih daripada itu lagi"

Nabi bersabda "Tidak ada ibadat yang lebih dari apa yang aku katakan tadi"

Ibadat yang selain dari yang di sabdakan oleh nabi tadi adalah bukan wassatiah dan ianya adalah melampau.

Islam adalah agama yang sederhana dan ia adalah agama seluruh umat dan agama Nabi Nabi yg terdahulu.

Nabi Ibrahim itu membawa agama Hanif lagi muslim dan dia tidak tergolong dalam golongan orang yang syirik.


wallahualam

Tulisan ini adalah berdasarkan kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan







Biplane Angiografi: Day 7

Pemasangan viewing monitor telah siap disempurnakan. Sebanyak 8 buah high resolution monitor flat screen 19 inci dipasang di dalam bilik pemeriksaan ini. Ia dipasang pada cieling mounted railing dan boleh di gerakkan ke kiri dan kanan meja angiografi.



Program kesedaran kepentingan pemeriksaan sendiri payudara

Tempat : Dewan seri gemilang sekolah menengah bukit jawa
Tarikh : 18 Februari 2012
Masa : 8:30am - 12:30pm

Penceramah jemputan Pensyarah Kanan Jabatan Radiologi HUSM Dr Nik Munirah Nik Mahdi

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 10 -2-2012: Islam Agama Tauhid


Sesungguhnya sebaik baik bekalan di dalam ujian menghadapi ujian dan fitnah di akhir zaman adalah agama Islam. Tidak ada satu jalan pun yang boleh menyampaikan manusia kepada kesejahteraan hidup di akhirat selain daripada Islam. Oleh kerana itu setiap orang daripada kita hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghayatinya dengan sempurna dan hendaklah berpesan kepada anak anak, keluarga dan orang orang Islam supaya sentiasa menjaga, memelihara dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Agama Islam adalah agama yang dianuti oleh para nabi dan rasul sepanjang zaman semenjak Nabi Adam as sampailah kepada Nabi kita Muhammad saw. Semua para nabi dan Rasul berada pada jalan yang lurus, di atas jalan inilah mereka menyeru dan mengajak manusia beriman dan mentauhidkan Allah dan beribadat kepadanya.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Wahai kaumku, beribadatlah kepada Allah, tidak ada bagi kamu Tuhan selain Nya.

Ikhwanil muslimin
Nabi Allah Ibrahim as adalah sebagai bapa atau datuk kepada nabi nabi dan rasul rasul daripada keturunan dua orang daripada anaknya iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Nabi Ibrahim berada di atas agama tauhid yang bersih dan lurus di atas agama Islam yang di kenali dengan agama Hanifiah. Nabi Muhammad saw sebelum diangkat menjadi nabi dan Rasul pernah beribadat kepada Allah mengikuti ajaran ibadat nabi Allah Ibrahim as. Nabi Allah Ibrahim as telah pun mewasiatkan kepada anak anaknya, begitu juga cucunya Nabi Yaakob as turut memberi wasiat dan berpesan dengan pesanan yang sama kepada anak anaknya supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam sampai akhir hayat.

Sepertimana firman Allah swt di dalam surah Al Baqarah yang bermaksud Dan Ibrahim telah berpesan kepada anak anaknya supaya berpegang dengan agama Islam iaitu agama Hanifiah dan berserah kepada Allah. Demikian pula Nabi Yaakob telah berpesan kepada anak cucunya dengan berkata wahai anak anakku sesengguhnya Allah telah memilih agama ini yakni Islam bagi kamu, maka janganlah kamu mati hendaknya kecuali kamu dalam keadaan memeluk agama Islam.

Orang orang Yahudi cuba memesongkan wasiat dan pesanan yang besar ini sebagaimana ia memesongkan kebenaran ajaran Nabi Muhammad saw. Mereka, Yahudi Madinah mendakwa dan berkata kepada Nabi Muhammad saw apakah kamu tidak mengatahui wahai Muhammad bahawa Nabi Yaakob di hari wafatnya telah berpesan kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan Agama yahudi. Allah swt menolak dan menyangkal dakwaan yahudi itu dengan menurunkan ayat dalam surah Al Baqarah yang bermaksud Adakah kamu wahai orang orang yahudi hadir ketika Nabi Yaakob hampir hendak mati, yakni setelah ada tanda tanda hendak mati ketika dia berkata kepada anak anaknya.Wahai anak anakku apakah yang kamu sembah sepeninggalanku? Anak anaknya menjawab kami akan menyembah kepada Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kami semua hanya tunduk kepadanya.

Orang orang yahudi dan nasrani masing masing mendakwa bahawa Nabi Ibrahim adalah bersama dengan agama mereka. Dakwaan ini disangkal dan ditolak oleh Allah swt dengan firmannya yang bermaksud Ibrahim bukanlah seorang yahudi dan bukanlah seorang nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus, muslim dan sudah tentulah dia bukan dari kalangan orang orang kafir musrik.

Ikwanil muslimin
Apa lagi kebenaran yang masih ada pada agama Yahudi dan Kristian setelah Allah swt sendiri membongkar segala pembohongan, penyelewengan, mengubah dan menyembunyikan segala fakta kebenaran tentang akidah dan ajaran Allah swt yang sebenar.

Sebagaimana yang dijelaskan didalam Al Quran, malah telah diceritakan sendiri oleh ulamak ulamak mereka yang telah memeluk Agama Islam. Sebenarnya agama yahudi dan nasrani kristian hari ini sudah terpesung jauh daripada bentuk asalnya. Akidah dan pegangan mereka telah bercampur syirik kerana mereka percaya kepada banyak Tuhan dan membuat syariat sendiri. Di antara Tuhan Yahudi adalah tuhan yang bernama Yahwin. Orang orang Nasrani pula mengatakan pula Isa as adalah anak Tuhan sedangkan orang Yahudi mengatakan Uzzai adalah anak Allah.

Lebih dari itu orang orang Kristian percaya kepada 3 tuhan iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan roh kudus. 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 iaitu konsep trinity. Kemudian mereka memasukkan ke dalam agama mereka khurafat seperti konsep penebusan dosa yang diambil daripada falsafah yunani dan ajaran keberhalaan. Penembusan dosa ini melalui satu majlis yang dinamakan baptis.

Allah swt menolak akidah syirik mereka dengan firmannya yang bermaksud Orang yahudi berkata Uzzai itu anak lelaki Allah dan orang nasrani pula berkata al Masih Isa itu anak lelaki Allah. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mulut mereka, mereka menyeru perkataan orang orang kafir terdahulu. Allah melaknat mereka bagaimana mereka sampai berpaling.

Allah berfirman lagi dalam surah al maidah ayat 72 yang bermaksud Sesungguhnya kafirlah orang orang yang mengatakan bahawa Allah swt adalah salah satu dari yang tiga. Padahal tidak ada sekali sekali Tuhan yang berhak disembah selain daripada Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu pasti orang orang kafir dari dari kalangan mereka akan dikenakan azab yang pedih.

Nabi Isa as sendiri berlepas diri dari fitnah dan tuduhan syirik ke atasnya . Pada ayat 116 serah Al maidah Allah berfirman yang bermaksud Dan ingatlah ketika Allah berfirman yakni di hari berkumpul di Akhirat wahai Isa putra Mariam , adakah engkau mengatakan kepada manusia jadikanlah aku dan ibuku dua tuhan selain Allah. Isa menjawab Maha suci engkau ya Allah tidaklah patut bagi ku mengata apa yang bukan hakku berkata demikian.

Ikhwanil muslimin
Begitulah sebuah agama tauhid, Agama Islam yang dibawa oleh nabi Musa as dan Isa as apabila diwarisi oleh pengikut pengikut yang berdengki dengan nabi Muhammad saw dan juga pengikutnya. Mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dan mengubah ajaran nabi mereka yang sebenar dan sampai ke hari ini mereka tidak puas puas memburuk burukkan Islam dan menjadikan Nabi Muhammad saw, Al Quranul karim, sunnah rasulullah, para sahabat dan umat Islam sebagai sasaran fitnah dan tuduhan mereka.

Tuduhan demi tuduhan supaya Islam tidak mengambil tempat di hati manusia dan di dalam pembangunan tamadun dunia. Mereka mengelirukan manusia dengan berbagai kajian ilmiah dan mengubah fakta fakta sejarah serta menyebar teori, fahaman dan ajaran palsu bagi menjauhkan orang orang Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar serta leka dengan hiburan, keseronokan dan kemewahan hidup.
Orang orang yahudi dan nasrani kristian telah cuba memadamkan cahaya Allah yakni agamanya tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang orang kafir.

Firman Allah swt yang bermaksud Mereka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut mulut yakni ucapan mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang orang kafir. 


Wassalam

Angiografi: Progress Site Preparation

Site Preparation bagi keseluruhan angiography suite sedang giat berlansung serentak dengan pemasangan peralatan angiografi.
Site Preparation ini dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Februari ini.

Persoalannya adakah ianya berjaya disiapkan mengikut jangkamasa yang telah dijanjikan?
Sekiranya ada kesungguhan di kalangan pekerja dan kontraktor Insyaallah ianya akan dapat disiapkan.

Sesungguhnya pesakit dan staf telah tidak sabar sabar menunggu untuk menggunakan peralatan baru ini.

Selama ini mereka telah bersusah payah menggunakan peralatan yang agak lama dan sering rosak tidak sesuai dengan kapasiti pemeriksaan angiografi dan intervensi yang mereka lakukan.

Wassalam

Biplane Angiografi: Day 5

Pemasangan railing untuk menempatkan lapan viewing monitor yang akan dipasang pada lewat petang nanti.

Silence protest

Samada secara sedar atau tidak, setiap individu atau kumpulan manusia mempunyai cara tersendiri untuk melakukan protest. Antaranya adalah seperti perkara di bawah.

Biplane Angiografi Day 4

C- Arm cieling dan floor mounted telah siap dipasang.

CME 16 Februari 2012: 10 elemen standard precaution

Garis panduan yang telah ditetapkan oleh CDC sebagai langkah langkah pencegahan kepada staf pelawat dan juga pesakit

1. hand hygine ada 7 langkah
2. glove
3. mask Eye protection
4. gaun atau apron
5. disinsfeksi dan sterilisasi
6. pengurusan linen
7. pengurusan sisa hospital
         a) Sisa klinikal
         b) Peralatan tajam
         c) Sisa hasilkan makmal
         d) Sisa farmaseutikal
         e) Peralatan perubatan pakai habis
8. pengurusan spillage
9. pengurusan peralatan tajam
10. etika batuk dan kebersihan saluran pernafasan












Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week